Tuesday, February 14

Siti Kelembai (2011) SDTV [Complete Episode 01-20]

"Siti Kelembai versi moden sebenarnya diolah semula daripada cerita rakyat, Sang Kelembai. Ceritanya berkisar kepada Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.

Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.


Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!


Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.


Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?
"

PELAKON
Yana Samsudin, Fizo Omar, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid

MEDIAFIRE DOWNLOAD
Episod 01
Episod 02
Episod 03
Episod 04
Episod 05
Episod 06
Episod 07
Episod 08
Episod 09
Episod 10    
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20


PASSWORD
siti
              

0 comments:

Post a Comment