Tuesday, February 21

Koleksi Filem Tan Sri P.Ramlee 1/Tan Sri P.Ramlee Movie Collection 1

NASIB DO RE MI (1996)
"Dalam perjalanan mereka, Do, Re dan Mi terserempak dengan sekumpulan samseng yang sedang memukul seorang pemuda, Lokman, sementara kekasihnya Nora hanya mampu memerhati tanpa dapat berbuat apa-apa. Sahabat bertiga itu cuba membantu Lokman tetapi dibelasah teruk oleh kumpulan itu hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Kumpulan samseng tersebut telah melarikan diri apabila polis tiba. Keesokan harinya, apabila pasangan kekasih itu dengan diiringi seorang anggota polis pergi ke hospital untuk mendapatkan keterangan, mereka mendapati Do, Re dan Mi telah meninggalkan hospital. Sahabat bertiga yang merempat dan tiada arah tujuan itu akhirnya bermalam di perkarangan sebuah rumah yang kelihatan tidak didiami orang. Tidak lama kemudian, beberapa orang pemuda tiba di rumah tersebut. Do, Re dan Mi terpaksa bersembunyi. Mereka bertiga mengenali kumpulan pemuda tersebut sebagai orang yang telah membelasah mereka sebelum ini. Setelah mengintip perbualan kumpulan itu, Do, Re dan Mi mendapat tahu bahawa ketua kumpulan itu merancang untuk menawan hati seorang gadis bernama Nora dengan menggunakan pertolongan seorang bomoh. Pada keesokan harinya, ketibaan kumpulan itu di rumah bomoh telah disambut oleh Re yang menyamar sebagai bomoh…"

SCREENSHOT
http://i1022.photobucket.com/albums/af343/jaki05/PRamleeNasibDoReMi1966JaKi05.jpg

MEDIAFIRE DOWNLOAD
Part 01
Part 02
Part 03
Part 04
Part 05
Part 06


DO RE MI (1996)
"Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu.
Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Sejak itu, mereka bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu."

SCREENSHOT
http://i1022.photobucket.com/albums/af343/jaki05/PRamleeDoReMi1966JaKi05.jpg 


MEDIAFIRE DOWNLOAD
Part 01
Part 02
Part 03
Part 04
Part 05
Part 06
Part 07
Part 08
Part 09




LAKSAMANA DO RE MI (1972)
"Laksamana Do Re Mi ini adalah kesinambungan dari filem Do Re Mi dan Nasib Do re mi. Ianya mengisahkan tiga sahabat iaitu Do Re Mi yang mendapat anugerah kesaktian daripada Puteri Buluh Betung yang mereka selamatkan. Do menerima segulung tikar terbang yang boleh terbang kemana-mana destinasi, Re mendapat sebuah teropong ajaib yang boleh melihat apa sahaja yang di hajati dan Mi pula mendapat bangsi hikmat yang membolehkan apa sahaja yang di hajati tiup sahaja bangsi tersebut pasti akan tercapai. Dengan hikmat-hikmat mereka ini, mereka membantu sebuah kerajaan yang di dalam kekacauan oleh orang jahat iaitu Pasola. Pelbagai aksi lucu dapat di lihat ketika mereka cuba membantu kerajaan tersebut. Dapatkah mereka ini membantu kerajaan tersebut?"

SCREENSHOT

MEDIAFIRE DOWNLOAD

0 comments:

Post a Comment